Thursday, July 2, 2015

Baby Ramadhan

Di pagi hari dalam pukul 1 pagi macam tu Mama terdengar bunyi kucing di luar pintu, mula-mula sayup je kedengaran, lama-lama makin kuat.. Mama terus buka pintu, eh patutlah kuat sangat mengiaunya, dah depan pintu dah si putih tompok hitam ni..

Mama tak tahu kenapa Mama panggil dia Baby, mungkin sebab nak baby kot.. *tiba-tiba* Manja sangat, gesel-gesel kaki Mama macam kelaparan.. Mama terfikir kat rumah ni mana ada makanan kucing, kan pun tak ada.. yang ada hanyalah ayam tom yam je, tu pun seketul je tinggal..

Mama basuh-basuh ayam tu, catik-carikkan jadi kecil.. memang kelaparan benar gayanya.. seketul tu tak cukup.. Mama dah risau nak bagi makan apa... Last Mama ambil keputusan buatkan susu tepung Dhia dan bagi sekeping roti...

Baby Ramadhan eksyen mula-mula tu.. Mama celup-celup dengan susu tu baru dia makan.. habis pulak tu, kesian Mama tengok.. entah kucing siapa yang sesat ni..



Mungkin ini rezeki Ramadhan Mama, Damia dan Dhia pun tak sabar nak main cat pagi tadi.. Moga Papa Din izinkanlah... Balik kerja nanti Mama nak beli makanan kucing, kalau ada rezeki Baby nanti seronoklah dia makan..

Salam sayang,
Mama Fiza.

Assalamualaikum..

Berbuka apa hari ni??

Alhamdulillah, kenyang berbuka... Hari ni Mama datang mood rajin, tapi taklah rajin mana cuma masak tom yam ayam dengan telur dadar je... Lepas tu air laici... Alhamdulillah, lepas teringin kakak Damia nak makan tom yam, dari semalam duk sebut nak makan tom yam...



Nampak tak telur tu, tu kerja Dhia lah tu.. Mama letak atas meja makan, diam-diam dia makan... anak bertuah betul.. penangan Tepung tambah seleralah ni..

Itu sahajalah cerita berbuka harini.. Esok kalau Mama rajin berasaplah dapur tu.. kalau tak ke bazaar jelah kita.. Aishh supermama ape ni.. 😜

Salam sayang,
Mama Fiza.

Assalaamualaikum..

IBU BAPA ANDA PASTI GEMBIRA JIKA ANDA HADIAHKAN INI DI HARI RAYA NANTI..

Selalunya Mama bercakap pasal anak-anak, kali ini biar kita bercerita bab ibu bapa pula.. Yelah di bulan Ramadhan yang mulia ini mesti asyik teringat kampung halaman, lagi-lagi ibu ayah di kampung.. So sesekali balik kampung ni, Mama cadangkanlah anda bawa buah tangan atau hadiah untuk mereka.. Walau kepulangan anda yang mereka nanti, kalau ada hadiah lagi syok!



VIVIX SHAKLEE HADIAH TERBAIK 

Vivix adalah jus botanical yang mengandungi 1001 macam kebaikan, lebih-lebih lagi jika ibu bapa anda menghidap penyakit 3 serangkai.. Kencing Manis, Sakit Jantung dan Darah tinggi adalah antara sakit-sakit yang menyerang warga tua kini.. Kalau pun mereka masih tidak menghadapi sebarang penyakit, Vivix Shaklee boleh diamalkan bagi membendung sebarang penyakit kritikal.. Orang kata lebih baik mencegah dari merawat gitu..

BCOMPLEX PENEMAN SEJATI

Bukan warga emas sahaja yang memerlukan Bcomplex Shaklee ni, Mama yang muda jelita belia ni pun suka sangat dengan Bcomplex.. Mana taknya, kalau letih je telan Bcomplex pasti segar bugar mata.. Laju je buat kerja kerana ada energy booster! Bcomplex juga sangat sesuai untuk penghidap kencing manis kerana ianya membakar lemak dan gula di dalam badan kita.. Bcomplex memang teman sejati..

Duit boleh dicari, tapi ibu bapa tiada gantinya.. Hargai mereka sementara kita masih diberikan peluang.. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi ibu bapa kita dan memberikan kesihatan yang baik untuk mereka.. Untuk pembelian Hadiah Teristimewa ini boleh hubungi Mama Fiza di no telefon 019-915 4727, Mama juga menyediakan perkhidmatan COD Percuma sekitar Kuantan dan Maran.

Salam sayang, Assalamualaikum..

Wednesday, July 1, 2015

7 CARA MENGATASI TANTRUM KANAK-KANAK

Tantrum di kalangan kanak-kanak berumur satu hingga 4 tahun adalah normal. Mama sendiri pernah dan kadang-kadang masih melalulinya. Yelah si puteri mama baru berumur 3 dan 4 tahun. Perkara ini adalah biasa, ibu dan ayah tidak perlu risau walau ianya MEMANG mencabar emosi dan kesabaran..

KENALI TANTRUM

Tantrum ini adalah kelakuan kanak-kanak berlaku apabila mereka marah, menangis, membaling barang dan kadang kala terus terbaring atas lantai ketika kehendak mereka tidak dituruti. Adakalanya ia terjadi dengan tiba-tiba, tiada angin pun tiba-tiba si anak boleh menangis, pening si ibu.

Adakalanya bila kehendak mereka tak dituruti. Contohnya ketika kita berjalan di shoping mall, si anak ni ternampak pula kedai mainan, si ibu yang mengejar masa (atau mungkin kedai tu memang jual mainan MAHAL) sudah pasti kalau si anak masuk kedai tu, memang susah pula nak ajak keluar, bila tak masuk maka terjadilah adegan menjerit, meraung bergolek-golek di depan kedai. Itu adalah tantrum! Maka kita sebagai ibu bapa perlu tahu cara mengatasinya.




 7 CARA MENGATASI TANTRUM KANAK-KANAK
  1. Pastikan persekitaran anak anda selamat, anak yang mengalamai tantrum ini bercenderung untuk membaling dan menghentakan diri mereka. Jika anda berada di rumah, bawa anak anda ke dalam bilik jauh dari orang lain. Jika berada di luar rumah, anada boleh bawa anak anda ke dalam kereta atau ruangan yang tersorok.

  2. Pastikan diri anda sendiri tenang. Jangan beri perhatian kepada situasi itu dan cari apa punca berlakunya tantrum.

  3. Jangan marah dan memukul anak anda. Apa yang anda perlu lakukan abaikan tantrum anak anda, biarkan dia menangis, abaikan perlakukan mereka dengan memandang ke arah lain. Tindakan ibu bapa menjerit memarahi anak akan menyebabkan tantrum akan bertambah teruk dan memberikan kesan tantrum yang lebih teruk pada masa akan datang.

  4. Jangan beri imbuhan. Jika ibu bapa terus memberikan apa yang mereka mahu dengan niat untuk menghentikan tantrum, tantrum akan jadi lebih teruk lagi dan mungkin akan berlarutan hingga dewasa. Anak-anak akan terus tantrum kerana mereka tahu ibu bapa akan tunduk dengan tindakan mereka.

  5. Asingkan dan ubah kedudukan anak anda, kanak-kanak yang sedih dan marah cenderung untuk memandang ke bawah, tunjukkan sesuatu di atas seperti burung atau cicak bagi mengalih perhatian mereka.

  6. Apabila mereka sudah tenang, puji dengan mengatakan mereka baik dan comel jika tidak menangis dan tersenyum. Aura positif akan menyerap..

  7. Peluk anak anda selalu, katakan kamu sayang pada mereka,.. Mama selalu buat ni, "Mama sayang Adik, Adik budak baik.." alhamdulillah memang nampak perubahan..

Akhir sekali berdoalah kepada Allah, semoga Allah swt memberikan kesabaran kepada kita dan melembutkan hati anak-anak kita agar menjadi anak soleh dan solehah yang patuh kepada suruhan Allah swt serta ibubapanya. Amin..

Kenali Anak Anda

Kenali Anak Anda adalah penulisan dari hati oleh saya, Fiza Zasmi.
Panggil saja Mama Fiza, begitu lagi mesra bukan?

Mama adalah ibu kepada dua orang puteri.
Masih mencuba untuk menjadi seorang SUPERMAMA!

Mama ingin berkongsi semua yang Mama inginkan dalam misi menjadi seorang SUPERMAMA dengan mengenali lebih banyak tips tentang anak-anak.

Ya! Mama masih bekerja, namun impian Mama adalah untuk menjadi seorang ibu bekerjaya dari rumah, orang putih panggil Work At Home Mom (WAHM). Mama juga adalah Pengedar Shaklee di Kuantan, Maran serta seluruh negeri Pahang. Pengasas group The Amazing Super Family | TASF yang bergiat aktif online dan offline di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak.


Salam sayang,

Mama Fiza
019-915 4727

Keluarga tercinta