Wednesday, July 1, 2015

7 CARA MENGATASI TANTRUM KANAK-KANAK

Tantrum di kalangan kanak-kanak berumur satu hingga 4 tahun adalah normal. Mama sendiri pernah dan kadang-kadang masih melalulinya. Yelah si puteri mama baru berumur 3 dan 4 tahun. Perkara ini adalah biasa, ibu dan ayah tidak perlu risau walau ianya MEMANG mencabar emosi dan kesabaran..

KENALI TANTRUM

Tantrum ini adalah kelakuan kanak-kanak berlaku apabila mereka marah, menangis, membaling barang dan kadang kala terus terbaring atas lantai ketika kehendak mereka tidak dituruti. Adakalanya ia terjadi dengan tiba-tiba, tiada angin pun tiba-tiba si anak boleh menangis, pening si ibu.

Adakalanya bila kehendak mereka tak dituruti. Contohnya ketika kita berjalan di shoping mall, si anak ni ternampak pula kedai mainan, si ibu yang mengejar masa (atau mungkin kedai tu memang jual mainan MAHAL) sudah pasti kalau si anak masuk kedai tu, memang susah pula nak ajak keluar, bila tak masuk maka terjadilah adegan menjerit, meraung bergolek-golek di depan kedai. Itu adalah tantrum! Maka kita sebagai ibu bapa perlu tahu cara mengatasinya.




 7 CARA MENGATASI TANTRUM KANAK-KANAK
  1. Pastikan persekitaran anak anda selamat, anak yang mengalamai tantrum ini bercenderung untuk membaling dan menghentakan diri mereka. Jika anda berada di rumah, bawa anak anda ke dalam bilik jauh dari orang lain. Jika berada di luar rumah, anada boleh bawa anak anda ke dalam kereta atau ruangan yang tersorok.

  2. Pastikan diri anda sendiri tenang. Jangan beri perhatian kepada situasi itu dan cari apa punca berlakunya tantrum.

  3. Jangan marah dan memukul anak anda. Apa yang anda perlu lakukan abaikan tantrum anak anda, biarkan dia menangis, abaikan perlakukan mereka dengan memandang ke arah lain. Tindakan ibu bapa menjerit memarahi anak akan menyebabkan tantrum akan bertambah teruk dan memberikan kesan tantrum yang lebih teruk pada masa akan datang.

  4. Jangan beri imbuhan. Jika ibu bapa terus memberikan apa yang mereka mahu dengan niat untuk menghentikan tantrum, tantrum akan jadi lebih teruk lagi dan mungkin akan berlarutan hingga dewasa. Anak-anak akan terus tantrum kerana mereka tahu ibu bapa akan tunduk dengan tindakan mereka.

  5. Asingkan dan ubah kedudukan anak anda, kanak-kanak yang sedih dan marah cenderung untuk memandang ke bawah, tunjukkan sesuatu di atas seperti burung atau cicak bagi mengalih perhatian mereka.

  6. Apabila mereka sudah tenang, puji dengan mengatakan mereka baik dan comel jika tidak menangis dan tersenyum. Aura positif akan menyerap..

  7. Peluk anak anda selalu, katakan kamu sayang pada mereka,.. Mama selalu buat ni, "Mama sayang Adik, Adik budak baik.." alhamdulillah memang nampak perubahan..

Akhir sekali berdoalah kepada Allah, semoga Allah swt memberikan kesabaran kepada kita dan melembutkan hati anak-anak kita agar menjadi anak soleh dan solehah yang patuh kepada suruhan Allah swt serta ibubapanya. Amin..

2 comments:

  1. kanak-kanak harus kita jaga sebaiknya,kenali masalah mereka dan jadikan mereka sebagai kawan agar masalah mereka dapat kita atasi.

    ReplyDelete
  2. Nice sharing!
    Ratusuri pun ada anak sebaya.. 3 tahun.. agak pening bila mula2 tunjuk tantrum dia.. lama2 dah terbiasa.. masih dlm proses rasional dan kawal kesabaran. Kdg2 termarah jugak dekat anak.. :'(

    ReplyDelete